The Subtle Art of Not Giving a F*ck



Kadang aku ada juga membaca buku dan jujur, aku agak malas untuk review sebab kalau bercerita tentang buku ni, macam bercerita tentang minyak wangi atau makanan. Masing-masing ada citarasa sendiri.

Semalam waktu sedang duduk makan mangga di ruang tamu, aku terpandang susunan buku yang banyak dalam container. Kemudian terfikir, yang mana satu aku dah baca dan yang mana belum? Mungkin sebab banyak dan ada yang dah lama aku baca sampai lupa cerita tentang apa. Jadi aku pun berpendapat untuk simpan sedikit cerita tentang buku yang aku baca disini. Boleh lah nanti bila aku dah jadi nenek, aku imbas balik dan rasa diri bagus sebab banyak baca buku dari bermain tiktok sewaktu muda. 

Begini ceritanya...

Pada tahun 2019, aku diperkenalkan dengan Mark Manson oleh seseorang yang aku tak kenal di Instagram. Itu pun sebab aku nampak dia berkongsi tentang buku yang dibaca dan perkongsian tu keluar pula dalam feed aku. 

Hal pertama yang menarik perhatian aku adalah tajuk buku tersebut yang boleh buat sesetengah orang teragak-agak untuk menyebutnya. Aku ok je sebab aku dah biasa. #eh .. Kemudian ditambah design kulit buku yang ringkas dan warna yang menarik. Terus aku google cari sinopsis buku ni.  "Mmm macam best" , kata aku dalam hati. Beberapa hari kemudian, aku pun ke POPULAR dan beli. 

Aku suka cara MM (Mark Manson) bercerita tentang hidup dia. Sesekali pun ayat dia agak kelakar sampai aku boleh gelak sorak-sorang. Dah lama juga aku tak gelak bila baca buku. 

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk, memang itulah yang diajar dalam buku ni. Tentang macam mana untuk tidak "give a fak" kepada hal-hal yang remeh temeh dan tidak penting. Beliau juga memperkenalkan aku kepada beberapa konsep yang menarik seperti "The feedback loop from hell", The misadventures of disappointment panda", "The self-awareness onion" dan lain-lain.

Salah satu nasihat beliau tentang jangan selalu berfikiran positive..
"When we force ourselves to stay positive at all time, we deny the existence of our life's problems. And when we deny our problems, we rob ourselves of the chance to solve them and generate happiness. Problems add a sense of meaning and importance to our life. Thus to duck our problems is to lead a meaningless (even if supposedly pleasant) existence,"
Aku rasa bersetuju dengan pendapat beliau.


Selain tu ada juga tentang nasihat untuk tak menjadi malas. Contohnya bila self-employed macam aku ni kadang ada projek yang boleh buat pening kepala dan jadi banyak kerja untuk buat research itu ini. Bila dah banyak sangat kerja, kita akan mula jadi malas dan kata "ah nantilah". Beliau pesan, kalau kita tak tau nak mula dari mana, kita mulakan je dari mana-mana. Kalau bila tak ada idea pun, idea tu akan muncul sendiri dan aku selalu melalui keadaan yang macam tu.. 


Dipendekkan cerita, aku rasa berbaloi membeli buku ni dan yang bestnya, Mark manson tulis 1 lagi buku bertajuk "Every Thing is F*ucked". Bunyi macam rebel. Tapi entah, aku baru baca 5 helai nanti aku review lain tentang buku yang satu lagi tu. 

So, aku recommend buku ni untuk dibaca. 

Terima kasih. 


4 comments:

Fnd Rocka said...

Semut

Zhi said...

Fendi - Aku pun tak tau nak reply apa komen kau ni. haha

ewanthology said...

saya sekadar diperkenalkan dengan Stephen R Covey '7 habits of effective people'

Zhi said...

Wan : zhi suka mark manson sebab cara dia berpesan2 tu santai dan boleh diterima akal. Ditambah dengan penggunaan ayat yang mudah utk difahami.