Reclaiming Conversation

 

Sunday, 15 November 2026
The Coffee Bean & Tea Leaf, Setia Tropika
Johor. 


There is a Japanese legend that says : "You meet the people you're meant to meet. Not by accident, not by chance but by something your soul agreed to keep. Some will come to heal you, some will come to break you, but the ones who stay through both are the ones who are written in your heart."

–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Siapa sangka bermula dari berbalas komen di blog, kitorang bertiga dah jadi kawan di dunia sebenar. Kebetulan ada kesempatan, kami terus set plan tangkap muat untuk mengopi di selatan tanah air—tempat di mana aku dan Ain bermastautin sekarang.

Kami memang ada satu group WhatsApp sejak Ogos 2021 yang ahlinya cuma kami bertiga. Motif asal group tu wujud pun aku dah tak ingat. Sekarang dah ada seorang ahli baru yang kami masukkan untuk sama-sama bertukar pendapat dan meluah perasaan. Sekurang-kurangnya, ringanlah sikit beban pada empunya jiwa yang berat.

Aku ingat lagi, dulu pernah berbincang mintak pendapat tentang calon suami yang dah jadi husband aku sekarang. Macam-macam yang aku tanyakan. Soalan si Fendi senang je, 'dia' suka Liverpool tak? Kebetulan memang husband aku peminat Liverpool, so senang luluslah. Lepas 12 tahun tersakiti ingat senang ke nak pilih suami lagi. Pendapat kawan-kawan kadang membantu juga untuk aku buat keputusan pada masa tu. Tapi tak la pasal Liverpool tu je aku terima dia. Haha banyak lagi sebab lain dan aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat. <––– Bila aku cakap ni, ex aku yang ada baca blog ni terasa tak? Tak kan? baca balik apa Japanese Legend cakap kat atas tu. haha (cover line) 

Ini sebenarnya bukan perjumpaan kami yang pertama. Kami dah berjumpa beberapa kali dan pertama kali adalah pada majlis perkahwinan aku di Skyview KL 3 tahun lepas. Masa tu kami cuma sempat bergambar je. Nak berborak pun tak sempat sebab aku tengah acah cantik jadi pengantin. Kemudian adalah berjumpa ziarah masa raya dan sebagainya. 

Pada 15 nov tu, aku tinggalkan anak dengan daddy dia. Kemudian aku perasan muda kejap drive malam-malam ke CBTL setia tropika macam zaman dulu-dulu di KL. Suka drive malam layan lampu. Dari MRR2, masuk Jalan Kucing, AKLEH, Jalan Ampang.. semua tu laluan healing aku lah biasanya. Drive santai malam-malam sambil dengar lagu best tau. Sekarang siap ada yang buat macam tu dijadikan content untuk Tiktok. Untung-untung berpuluh ribu views. Masa aku drive dulu tak pernah terlintas pun nak buat content. Kalau tak, mungkin dah meledak account TT aku yang sendu tu. haha 

Plan asal si Fendi ajak jumpa di CBTL midvalley southkey. Dia lupa agaknya, dengan umur macam ni mana la ingat nanti parking kat mana. Lagipun, lepak kat mall ni rasa tak puas sebab kedai biasa tutup awal. Alang-alang dah dapat keluar 'me time', kenalah ambik masa lama sikit, ye dak?

Macam-macam topik perbincangan kami pada malam tu, Dari kisah theater si Fendi ke kisah Ain dah malas nak pegi kerja. hahaha. Aku dengar cerita sorang-sorang sambil celup roti bakar dalam telur separuh masak dan sesekali menghirup hot flat white yang aku custom guna oat milk. Jiwa lepak aku jadi lebih tenang bila husband whatsapp kata anak dah tidur. Untung anak aku jenis tak meragam sangat bila nak tidur. Bila time tidur tu, tau lah dia nak tidur. 

Per-lepak-an kami pada malam tu berakhir jam 12 malam. Sebelum jadi labu, elok lah aku balik dulu. Secara jujur aku rasa macam agak lain perasaannya dapat jumpa dan berborak dengan kawan-kawan sesekali. Tau je lah, aku ni WFH and full time mommy. Kawan kat selatan ni pun tak ramai yg available dapat jumpa. Kalau tak keluar dengan husband and anak, aku keluar sorang je lah. Kesian ke ? tak lah. Aku ok je. haha. 

Itu je lah untuk cerita kali ni. 
Moga berjumpa di lain kali. 

NEXT!


0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)